Nuffnang Code

Friday, 30 June 2017

Pemuda Ini Ziarah Kubur Ayahnya Pada Hari Raya Buat Netizen Terkejut Malah Ada Yang Mengecam Tindakannya



Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan juga kepercayaan masing-masing. Mungkin agak unik di Sabah dan Sarawak mereka sangat bertoleransi malah saling hormat menghormati antara agama masing-masing.

Ada juga di mana anak-anak sudah menerima Islam manakala ibu bapa masih lagi beragama asal. Namun ianya tidak menjadi masalah di atas rasa hormat kepada agama itu sendiri. Mungkin ada segelintir keluarga yang tidak boleh menerima anak mereka kembali kepada ajaran Islam.

Terbaru, seorang lelaki Putra Rayyan Firdaus Marcellus menjadi bualan netizen apabila beberapa keping gambarnya menziarahi pusara ayahnya menjadi trending di laman sosial. Apa yang menarik perhatian netizen ialah Putra Rayyan adalah seorang Islam manakala ayahnya pula beragama Kristian. Jom baca perkongsian dari pemuda ini. 



"Hanya sempat ziarah pusara ayah pd raya ketiga..hanya airmata kerinduan tuk ayah nun jauh d sana. No matter what. Aku tak kisah apa jua kecaman org luar. Dia adalah ayah aku. insan yg membesarkan dan melindungi aq dri kcil. "

"Walau berlainan agama namun kami tetap satu. Dia juga insan yang banyak mendorong aku, mengasihi aku. "

"Yang suka mengata tidak berada dalam situasi aku. Walau apa terjdi kasih dan sayang aku tak pernah berubah."

"Missed u so much dad."


Rata-rata netizen memuji sikap pemuda ini walaupun berlainan agama masih tetap menghormati ayahnya yang sudah tiada. Segelintir netizen juga ada yang mengecam. Ada juga berkongsi kisah yang sama seperti pemuda ini. 

"Simple. Both my grandparents also christians, every year ziarah je kubur kristian. Xde apa2 masalah. Mixed race family have higher tolerance. Org kecam2 ni tolong la luaskan minda sikit. Xde salah mane pn, its respect!" tulis Fer're Azmi.

Muhammad Faiz pula menulis "Org yg bukan beragama islam pn tahu menghormat ibubapa mereka walaupun anaknya sudah muallaf.. kita yg dh lahir mmg islam nie siap ada anak tinggalkan kt umah org tua la.. tinggal kt bas stop la.. pukul diorgla.. apalah nk jd..Anak2 akhir zaman nie pelik2 perangai.."

Walau apa pun kata orang, semoga kisah pemuda ini dapat dijadikan pedoman dan iktibar. Ambil yang positif dan tak perlu kecam mereka.


Sumber : Kakishare.my

Messi Kahwini 'First Lady Of Football'


LIONEL Messi bakal berkahwin dengan 'first lady of football'. Messi, yang dianggap pemain terbaik di dunia akhirnya secara rasmi mengikat tali perkahwinan dengan teman wanitanya yang dikenali  sejak berusia lima tahun, Antonella Roccuzzo. Bintang Barcelona yang genap berusia 30 tahun pada 24 Jun lalu mengadakan majlis perkahwinannya di tempat lahirnya di Rosario, Argentina.


City Center Rosario


Biarpun Messi berpindah Sepanyol pada usia 13 tahun, dia tidak pernah melupakan Roccuzzo.
Perkahwinan pasangan sejoli ini bakal disaksikan oleh dua anak mereka, Thiago dan Mateo yang masing-masing berusia 5 dan 2 tahun.
Biarpun tinggal di Barcelona, mereka tetap kembali ke kampung halaman untuk majlis penting ini.


Antara pemain-pemain bola sepak terkenal yang hadir pada majlis perkahwinan Messi. Dari kiri belakang: Busquests, Alba, Carles Puyol dan Facregas, Xabi dan Eto'o (barisan depan).


Malah mereka dikenali sebagai pasangan yang merendah diri dan tidak sombong, manakala Roccuzzo sememangnya digelar 'wanita Messi'.
Turut hadir pada hari bersejarah Messi yang diadakan di di City Center Rosario yang terletak di Santa Fe adalah bintang-bintang bola sepak dunia yang lain, termasuk rakan sepasukannya di Barcelona.

Sumber : mstar.com

Thursday, 29 June 2017

“Siapa Sangka Pada Hari Raya Ketiga Masih Ada Insan Yang Hanya Menikmati Apollo Dan Tiada Beras?”




Kelmarin seorang pengguna Facebook. Syafiq Rasidi menceritakan peristiwa sedih apabila terserempak dengan seorang warga emas menjelang waktu Maghrib.

Menurut Syafiq, warga emas berkenaan datang ke sebuah kedai runcit dan menanyakan harga tiga plastik Apollo dalam nada kebimbangan seolah-olah tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan ringan tersebut. Melihatkan warga emas berkenaan yang kelihatan risau, Syafiq dengan tidak teragak-agak meminta wanita berkenaan untuk mengambil barangan makanan yang lain.


” Makcik nak apa apa lagi, ambillah, tak payah tanya harga, saya bayar”  “Kalau boleh makcik nak beras”balas warga emas berkenaan Tersentap jiwa. Dalam hati sah Apollo ini dia beli utk dia bertahan perut makan malam. “Takpe makcik, ambillah yang mana makcik nak, gula dan minyak dah ada? “ Lalu makcik ni berjalan mengambil gula dan minyak.

Di saat orang ramai sedang menikmati juadah sate, laksa dan pelbagai juadah enak hari Raya yang lain, masih ada insan yang memerlukan. Pihak kebajikan sepatutnya lebih prihatin terhadap insan yang memerlukan dan memudahkan urusan mereka. Semoga warga emas ini selamat di bawah lindunganNya. Amin.

Sumber : Syafiq Rasidi, Kisah Dunia

Monday, 19 June 2017

[VIDEO] Ulasan Pakar Jenayah Kenapa Pembuli Tidak Ada Rasa Simpati Langsung Kepada Mangsa!!



[VIDEO] Ulasan Pakar Jenayah Kenapa Pembuli Tidak Ada Rasa Simpati Langsung Kepada Mangsa!!





Sumber : Youtube


Dengarkan ulasan Pakar Analysis Jenayah berkenaan isu penderaan pelajar UPNM saudara Zulfarhan. Suspek utama Akmal Zuhairi Azmal mendera mangsa menggunakan seterika wap sehingga 80% badannya mengalami 3rd degree burn dan menderita lebih dari seminggu sebelum meninggal dunia.


Kredit : KacangParpu.com