Nuffnang Code

Monday, 24 July 2017

"Saya Memang Terpaksa Masuk Islam Sebab No Choice"....


Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. Satu keluarga Cina telah memeluk Islam pagi tadi di Surau Khalid Al-Walid, IPK Selangor, Shah Alam. Saya dihubungi oleh IPK Selangor untuk membantu melaksanakan pengIslaman keluarga Cina ini.



Cheng Koon Peng merupakan sahabat kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) Sakri Arifin, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman. Tuan Sakri Arifin telah berdakwah kepadanya selama hampir 10 tahun dan akhirnya Koon Peng terbuka hati untuk memeluk Islam. Beliau bukan sahaja mahu memeluk Islam, tetapi beliau juga berjaya mengajak isteri dan anaknya untuk turut berzama menjadi Muslim. Allahuakbar.



Ketika saya bertanya adakah sesiapa yang memaksanya memeluk Islam, beliau menjawab tiada yang memaksa tetapi dia terpaksa. Para hadirin terkejut seketika. Koon Peng menyambung;

“Saya memang terpaksa masuk Islam sebab ‘no choice’ bila saya dah percaya Tuhan adalah satu iaitu Allah dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah Nabi yang terakhir. Hati dan hidup saya lebih tenang. Saya dan family saya memang lahir sebagai bukan Muslim tapi sekarang saya mahu pastikan saya dan family saya semua mati sebagai Muslim.”


Usaha dakwah berterusan dari SAC Sakri selama 10 tahun sesuatu yang perlu kita teladani. SAC Sakri kerap berhubung dengan mereka hanya melalui panggilan telefon sahaja dan jarang sekali berjumpa. Ayuh sahabat semua, marilah kita mengembleng tenaga mempertingkatkan usaha dakwah kita dan lakukan apa yang kita mampu dan istiqomah di atasnya.

Sumber : Sepatu Putih

Sunday, 23 July 2017

Mr. Photographer Kacak Berusia 50 Tahun Viral


Selepas laman sosial tular dengan beberapa orang wanita yang kelihatan muda walaupun sudah bergelar nenek, kini tiba masanya untuk seorang lelaki berusia 50 tahun viral.

Seorang lelaki bernama Chuando Tan yang berasal dari Singapura viral kerana kelihatan masih kacak dan sado biar pun memasuki usia jubli emas.

Memulakan kerjayanya sebagai seorang model di usia remaja, Chuando memang terkenal dengan sikapnya yang mementingkan senaman untuk mengekalkan kecergasan.

Chuando merupakan salah seorang jurugambar terkenal di Sinagpura dan membuka perniagaan fotografi bersama rakannya dengan nama ChuanDo&Frey.

Mereka pernah bekerjasama dengan majalah fesyen terkemuka seperti Jalouse, Muse, L’Officiel, Harper’s Bazaar dan Elle.

Mereka juga pernah bekerja dengan jenama popular seperti L’OrĂ©al, ION Orchard Singapore, Levi’s dan Motorola.

Duo ChuanDo&Frey juga pernah merakamkan foto serta menghasilkan kulit album untuk album ke-10 Janet Jackson, Discipline pada tahun 2008.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk menonton drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle, Hannah Delisha dan ramai lagi.

Drama bersiri tersebut bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Astro Gempak

Sunday, 2 July 2017

“Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak” - Kata Wanita Ini




“Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak” - Kata Wanita Ini - PETALING JAYA: Seorang wanita dikejutkan dengan tawaran beribu ringgit oleh seorang lelaki bergelar Datuk yang  menghubungi beberapa kali untuk memujuknya.

Tawaran daripada lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk Z itu sebenarnya mahu membeli baju kurung bermotifkan Hello Kitty yang dipakai Yus Amina Mohd Zawizah, 27, dan anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun.

“Saya nak baju ini, berapa awak nak jual? Saya sanggup beli berapa ribu pun. Cucu dan anak kesayangan saya nak sangat baju yang awak pakai,” kata Datuk Z menerusi aplikasi WhatsApp sambil menyertakan gambar dua beranak itu memakai baju kurung moden Hello Kitty.







Paparan skrin menunjukkan mesej daripada Datuk Z yang mahu membeli baju Hello Kitty.

Ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Afina berkata, mesej tersebut diterima selepas dia memuat naik gambar bersama anaknya menyarungkan busana itu sempena hari raya baru-baru ini, di

Facebook pada Selasa lalu sehingga tular.

Kata Afina, dia menempah baju raya bermotifkan Hello Kitty untuk dipakai sedondon termasuk bersama suami disebabkan anaknya Jeliyta amat meminati watak kartun itu




“Maaflah Datuk Z, saya tidak akan menjual baju-baju ini kerana ia merupakan kenangan raya terindah kami sekeluarga dan sesuatu yang amat disayangi Jeliyta.
“Saya berharap Datuk Z tidak lagi menghubungi saya untuk bertanyakan tentang baju Hello Kitty ini.


Saya tak jual baju, tak jual kainnya,” katanya kepada mStar Online.

Mengenai Hello Kitty, Afina berkata, ia sememangnya menjadi kegilaan Jeliyta yang turut suka bermain dengan kucing.

Bayangkan masa hari raya baru-baru ini, dia menangis tak nak tanggalkan baju Hello Kitty walaupun dah nak masuk waktu tidur.

“Jadi, saya terpaksa memujuknya dengan menukarkan baju tidur yang masih bermotifkan Hello Kitty.
Apa saja tentang Hello Kitty, semua dia suka,” katanya.

Tidak menyangka gambar baju raya yang dimuat naik di Facebook menjadi tular, Afina berkata, Datuk Z bukanlah satu-satunya yang mahu membeli baju-baju itu.

“Bertalu-talu mesej yang diterima daripada orang ramai. Ada yang mahu membeli, tanya di mana beli kain malah ada yang sanggup menyewanya,” katanya.

Bagaimanapun dia sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan menjual baju-baju Hello Kitty berkenaan walaupun bayaran tinggi yang ditawarkan.

“Anak saya sampai tidak boleh tidur tanpa Hello Kitty. Saya lebih sayangkan anak saya. Harap semua memahami dan terima keputusan saya,” katanya. - mStar

Sumber : www.mstar.com.my












Saturday, 1 July 2017

Bibik Buat Hal Lagi, Nazia Mustafar Rugi RM50,000 !!



BIBIK Indonesia buat hal lagi! Selepas nasib malang menimpa jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat kali ini giliran pelakon Nazia Mustafa pula menjadi mangsa.

Kejadian itu berlaku ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di Thailand.

Nazia atau sebelum ini dikenali sebagai Nadia Mustafa berkata, perkara itu dimaklumkan oleh jiran tetangganya yang curiga tentang tingkah laku bibik berkenaan.



Gambar pembantu rumah yang dikongsi di laman Instagram Nazia malam Sabtu.


"Pembantu rumah itu hanya pembantu rumah sementara dan baru bekerja selama seminggu dengan saya, pihak ejen menggantikan dia kerana bibik yang lama sudah melarikan diri.

"Pada awalnya saya ada rasa berat hati untuk meninggalkan dia bersendirian di rumah itu tapi tiada pilihan lain. Kami sekeluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik lain sudah lama merancang untuk ke Thailand pada sambutan hari raya ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Aktres berusia 40 tahun itu berkata, dia sekeluarga bertolak ke Selatan Thailand pada malam hari raya pertama iaitu 26 Jun lalu dengan menaiki kereta.

Bagaimanapun, baharu dua hari percutian itu, dia dimaklumkan oleh jiran tentang kelakuan orang gaji tersebut yang pelik dan mencurigakan.

"Jiran beritahu saya tentang perangai ganjil pembantu rumah yang keluar masuk melalui laluan tong sampah. "Jadi saya minta mereka masuk rumah saya dan melihat apa yang berlaku. Memang ada tanda-tanda pintu dipecah dan orang gaji juga sedah melarikan diri," ujarnya.

Sementara itu, Nazia berkata, dia mengambil keputusan untuk meneruskan percutian seperti dirancang bagi tidak mengecewakan ahli keluarga yang lain.

Nazia dan suaminya Hazil Izham Ismail, 43, dan keluarga bercuti di Selatan Thailand ketika bibiknya buat hal di rumah.

Tambahnya, dia pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada hari yang sama.

"Kali ini kami ke pulau-pulau di Thailand menaiki kereta, jadi jika nak balik perlu ambil masa 16 jam. Saya teruskan juga percutian biarpun hati tidak tenang.

"Semalam baru saya sampai Malaysia. Masa itu memang sudah sedia mental dan tidak terkejut. Selepas itu saya terus buat laporan polis. "Satu bilik saya digeladah dan berjaya ambil wang tunai, barang kemas dan barangan hiasan serta 10 jam tangan berharga saya dan suami," ujarnya.

Dalam pada itu, aktres ini berkata, dia percaya bahawa kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri buatnya.
Katanya lagi,  ini merupakan risiko yang perlu diambil jika mendapatkan khidmat pembantu rumah warga asing.


Sumber :http://www.mstar.com.my